Wednesday, November 11, 2009

langkah kiri

Final exam kali ni aku dengan bangganya memulakan langkah kaki kiri. Entah mana silap.Namun yg pasti aku tidak perlu memikirkan pun apa puncanya. toleh kiri,pandang atas, tunduk bawah sekalipun aku tak tau bahagian mana yg silap. Aku rasa nak baling ketepi kertas itu..tapi tidak tahu, samada ke tepi kanan atau ke tepi kiri! Aku tahu tak perlu riak merunggut begini.cemuh atas ,ludah kiri. aku tidak benarkan jariku menari2 tulisan kegagalan. namun apa lah sangat yg aku ingat. Kadang kala penyesalan merupakan satu anugerah yang jarang dikecapi . supaya aku sedar tingginya langit.(peringatan: nabi tidak suka umatnya menyesal)..so don't try at home ye..hehe.. ..bila jatuh dr tempat tinngi, sakitnya sampai ke hati. apapun saya teringat lirik lagu Rafeah Buang..katanya begini " anak punai anak merbah..terbang turun buat sarang, anak sungai pun berubah, ini pula hati org..brg lepas jgn kenang...bla..bla" lebih kurang gitu lah..apapun past was lepas..terfikir juga aku seketika..adakah kebodohan aku mula terbongkar satu demi satu?...kebodohan adalah pengiktirafan yg paling sempurna!yeap!!! kerana kebodohan hampir kepada kejayaan! penyesalan kini mula bersarang di kepala..hah..peduli apa aku..kau nak bertelur kt kepala aku pun aku x kisah..kerana aku lebih pandai daripada kebodohan!apapun aku bersyukur pada hari ini aku dapat sesuatu yg aku inginkan..dlm pada masa yg sama aku tidak dapat apa yg aku harapkan..Alhamdulillah.harap roslan sabar ye roslan!( sapa lg kalo bukan aku juga bg nasihat!)

0 comments: