Monday, April 13, 2009

Love itu buta dan membutakan



I have a short story to share. in my view,this story is very good and gave many more "moral value" so, just do read it!

Di sebuah desa ada seorang gadis yang cantik manis. Walaupun begitu, gadis tersebut membenci dirinya sendiri kerana dia buta. Sebenarnya dia membenci semua orang kecuali teman lelakinya yang baik hati dan penyayang. Teman lelaki gadis tersebut selalu memberi nasihat dan semangat kepadanya agar tidak kecewa dengan keadaan yang dilaluinya. Gadis itu memberitahu teman lelakinya bahawa sekiranya dia dapat melihat semula, dia akan berkahwin dengan lelaki tersebut.

Pada suatu hari, ada seorang yang bermurah hati telah mendermakan sepasang mata kepada gadis tersebut. Setelah melalui satu pembedahan, akhirnya gadis itu dapat melihat semula. Dia berasa amat gembira sekali. Dia telah dapat melihat segala yang dapat dipandang oleh mata kasar termasuklah wajah teman lelakinya.

“Sekarang kamu telah dapat melihat dunia di sekelilingmu, adakah kamu akan berkahwin dengan aku?

Gadis itu memandang dan melihat wajah teman lelakinya. Ternyata teman lelakinya itu seorang yang buta. Gadis itu berasa sedikit terkejut. Dia tidak menyangka sama sekali bahawa teman lelakinya seorang yang buta. Dengan perubahan yang berlaku kepada dirinya, dengan penglihatan yang dia ada kini, gadis itu akhirnya menolak untuk berkahwin dengan teman lelakinya yang buta itu kerana dia beranggapan bahawa dia tidak akan bahagia hidup di samping seorang lelaki yang buta.

Lelaki itu sungguh kecewa dengan sikap gadis itu. Dia menulis satu nota yang berbunyi, “Sayang, jagalah sepasang matamu itu dengan baik kerana sebelum ia menjadi milikmu, ia adalah milikku dahulu.”

Begitulah yang selalunya terjadi kepada kita yang bergelar manusia. Hati kita akan cepat berubah apabila status kita berubah. Sebab itulah kita dapati ramai yang lupa daratan apabila sudah menjadi kaya raya. Manusia seperti kita terlalu mudah untuk menjadi “seperti kacang lupakan kulit”. Jadikanlah cerita ini sebagai pengajaran untuk kita hidup dengan lebih berhemah kerana kehidupan kita di dunia ini adalah anugerah dari Allah.

p/s: i just asked myself to be good one

5 comments:

Mrs LiSaH said...

bila kita senang kita sering lupa pada kesusahan

Mr.Roselane said...

we will appreciate sumetin when it was gone..

Mrs LiSaH said...

yes..when something is gone br nk hargai..that is human habit

Ratu Sulaman said...

duh, kalu aku, da lama minta balik mata tu. hihihi...

Mr.Roselane said...

HAHA